Saturday 27 March 2010

Persediaan bergelar mahasiswa

  • Ubah minda bahawa sistem pembelajaran di menara gading tidak sama dengan sekolah menengah atau matrikulasi terutama dari segi kaedah belajar.
  • Perlu mempersiapkan diri melalui proses sosialisasi dalam kampus.
  • Perlu bersedia untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran bahasa Inggeris kerana semua rujukan di universiti dalam bahasa Inggeris.
  • Mesti mempersiapkan diri 5 tahun akan datang bermula dari semester 1 dengan kemahiran yang diperlukan oleh bakal majikan.
  • Bersifat holistik dan tidak boleh memfokus kepada 1 agenda. Ia berlandaskan konsep holistik iaitu formula Jeri (jasmani, emosi, rohani dan intelektual) yang hebat. Pelajar tidak hanya terperuk di bilik kuliah sebaliknya libatkan diri dengan aktiviti universiti yang sihat.
  • Bagi pelajar yang gagal mendapat kursus yang dipohon, pastikan keputusan dibuat itu adalah yang terbaik. Tidak kira apa kursus sekalipun, ia adalah 1 peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian di universiti kerana di luar lebih ramai yang gagal ke menara gading.

Apa yang perlu pelajar tahu ketika melangkah ke menara gading?

1) Matlamat yang jelas
2) Cemerlang akademik
3) Cemerlang sahsiah
4) Cemerlang ketrampilan diri
5) Memiliki 7 kemahiran insaniah
  • Komunikasi
  • Kepimpinan
  • Pemikiran kritis
  • Kerja berkumpulan
  • Nilai dan etika
  • Pembelajaran sepanjang hayat
  • Keusahawanan

Persediaan sebagai pelajar seimbang

Pelajar seimbang ialah pelajar yang cemerlang dalam 2 aspek utama:

Akademik

  • Mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Di menara gading sistem Purata Nilai Gred Terkumpul (PNGK) 4.0 digunakan. Pelajar yang mempunyai PNGK 3.0 dan ke atas dianggap cemerlang.

Kokurikulum

  • Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
  • Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar