Sunday 31 July 2011

Laporan DIBA's Week.


Nama Penganjur : Diploma in Banking Association

Tarikh dan Lokasi : 4-8 Julai 2011

: Speaker Corner, Parking KP & LT2.

1.0 PENGENALAN

Program Diba’s Week yang dijalankan buat pertama kalinya bermula dari 4 hingga 8 Julai 2011 ini dianjurkan oleh Diploma In Banking Association (DIBA). Program ini terbahagi kepada dua aktiviti iaitu Bundle Shop dan Lecturer’s Day. Bundle Shop di mana makanan dijual seperti nasi kukus, roti bakar, ice blended dan juga bunga ros segar. Bagi program Lecturer’s Day, setiap koordinator program bagi setiap persatuan akademik akan mencalonkan 5 pensyarah yang terbaik. Setelah memperolehi nama 5 pensyarah bagi setiap persatuan akademik, maka kotak undi dibuka di Speaker Corner dan semua pelajar membuat undian untuk mengundi pensyarah kegemaran mereka dan cop diberikan. Program ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli Diploma In Banking Association (DIBA) dan ahli-ahli persatuan-persatuan akademik yang lain. Di antara persatuan akademik yang terlibat ialah Diploma In Accountancy (DIA), Diploma in Investment Analysis (DIIA), Diploma in Business Study (DBS), Diploma in Business Transport (DBST), Diploma in Computer Science (DCS) dan Diploma in Quantitative Science (DQS). Di samping itu, hubungan diantara pelajar dan pensyarah juga dapat terjalin erat dengan adanya program sebegini kerana pelajar dapat mengiktiraf pensyarah kegemaran mereka melalui program Lecturer’s Day berdasarkan undian yang mereka laksanakan.


2.0-OBJEKTIF

2.1 Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah memperlihatkan ketokohan yang cemerlang dalam menganjurkan aktiviti persatuan

2.2 Memberi penghargaan kepada pelajar yang aktif dalam menyertai atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan Diploma in Banking Association

2.3 Memberi semangat kepada pelajar dalam menganjurkan dan menyertai aktiviti pembangunan pelajar bagi melahirkan graduan yang holistik, berketerampilan dari segi akademik dan kemahiran insaniah.

2.4 Merapatkan ukhuwah serta membuka peluang kepada mahasiswa/siswi untuk mengenali Ketua Program dan para pensyarah yang pernah terlibat dalam aktiviti dengan lebih dekat.

2.5 Memberi penghargaan sebagai menghargai jasa pensyarah yang memberikan sumbangan mendidik para pelajar

2.6 Mengasah bakat-bakat baru dalam bidang perniagaan

2.7 Mendedahkan pelajar dengan dunia perniagaan


3.0-HURAIAN PENILAIAN

3.1 TARIKH DAN TEMPAT

Program ini diadakan pada 4 hingga 7 Julai 2011 dimana Bundle Shop dijalankan di Speaker Corner dan juga Parking KP. Bagi program Lecturer’s Day, ia dijalankan di LT2.

3.2 PENASIHAT DAN JEMPUTAN VIP

Bagi program ini, kami telah menjemput 4 orang VIP iaitu Prof Madya Dr Omar Bin Samat, Prof. Madya Tuan Haji Abdullah Bin Abdul Latib, Prof. Madya Kamel Taufiq bin Abdul Ghani dan Encik Khairil Shazwan Bin Janis. Kami juga menjemput penasihat-penasihat Diploma in Banking Association (DIBA) seramai 3 orang ; Cik Tan Yan Ling, Cik Nor Azira Binti Ismail, Cik Norfariza Binti Mohd Ali dan Koordinator Program DIB; Puan Zailati binti Ahmad.

3.3 BILANGAN AHLI YANG HADIR

Program ini adalah diwajibkan bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus Diploma Pengurusan Bank dari semester 1 - semester 6 dan juga semua pelajar UiTM Cawangan Johor.


4.0-AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


Koordinator Program

Puan Zailati Binti Ahmad

Penasihat

Miss Tan Yan Ling

Ketua Projek

Muhammad Nazmi Bin Ishak

Penolong Ketua Projek

Muhd Hamka Bin Roslim

Setiausaha

Nurul Fatin Binti Ahmad

Bendahari

Nurul Naziha Binti Mohd Said

Biro Program dan Persembahan

Nurul Nadia Binti Ahmad

Nurul Syafikah Binti Abdul Rahman

Samira Binti Tuan Hassan

Biro Informasi dan Multimedia

Norlila Binti Abdul Jalil

Mohamad Hafiz Bin Mahadi

Biro Protokol

Mohamad Syafiq Bin Mohamad Ali

Nabila Shuhada Binti Bashari

Biro Makanan

Siti Nurain Binti Mohd

Mohd Izzat Bin Azahar

Biro Kerohanian

Khalis Bin Johan

Biro Cenderahati dan Publisiti

Ahmad Aslam Bin Roslan

Seri Mahanum Binti Ibrahim

Seketariat

Abdul Malek B. Adam

Muhammad Qhaziril B. Rahmat

Mohd Afiq Hizamie B. Mohd Yusoff

Fatin Nursyafira Bt. Ghazali

Nuruh Jannah Bt. Seri


5.0-TENTATIF PROGRAM

a) Bundle shop

Hari

Masa

Tentatif

Isnin

10.00 pg - 5.00 ptg

Jualan

Selasa

10.00 pg - 5.00 ptg

Jualan

Rabu

10.00 pg - 5.00 ptg

Jualan

Khamis

10.00 pg - 5.00 ptg

Jualan

b) Lecturer’s Day

Hari

Masa

Tentatif

Jumaat

3.00 ptg

Kehadiran mahasiswa dan mahasisiwi

3.10 ptg

Ketibaan tetamu VIP

3.15 ptg

Bacaan doa

3.20 ptg

Ucapan daripada Koordinator Program DIBA

3.35 ptg

Ucapan dan perasmian penutup DIBA’s Week oleh Timbalan Rektor Akademik

4.00 ptg

Penyampaian hadiah kepada pensyarah yang dipertandingkan

4.20 ptg

Penyampaian hadiah kepada pelajar

4.30 ptg

Penutup dan majlis bersurai



6.0-PENUTUP


Tuntasnya, program DIBA’S WEEK ini berlansung dengan jayanga dengan kerjasama semua pihak. Di samping itu, program ini dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar untuk terus bergiat aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti – aktiviti yang dianjurkan oleh DIBA. Program ini juga dapat menjadikan rujukan sebagai medan bertukar fikiran atau membuka minda kepada para pelajar bahawa kemahiran insaniah dan bakat kepimpinan yang amat diperlukan dalam persaingan mendapatkan pekerjaan, boleh diperolehi melalui berpersatuan

Laporan Persidangan Perbankan (AGM DIBA)

Tarikh dan lokasi : 14 June 2011 (DK2)

Nama Penganjur : Diploma in Banking Association


1.0 PENGENALAN

Program Persidangan Perbankan (AGM DIBA) yang diadakan pada 14 JuN 2011 bertempat di DK2 adalah merupakan program wajib bagi setiap semester yang dianjurkan oleh Diploma in Banking Association (DIBA). Program ini merupakan program yang memperkenalkan Persatuan Diploma in Banking kepada ahli- ahli baru. Ianya merupakan perjumpaan pertama ahli lama dengan ahli yang baru. Program ini dikendalikan oleh ahli- ahli jawatankuasa tertinggi bagi membantu mencapai objektif yang disasarkan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Perjumpaan bersama ahli-ahli lama dan baru.

2.2 Mengalu-alukan kedatangan ahli baru.

2.3 Menunjukkan prestasi akademik semester lepas.

2.4 Memberi maklumat berkenaan dengan aktiviti semester ini.


3.0-HURAIAN PENILAIAN


3.1 TARIKH DAN TEMPAT

Program ini diadakan pada 14 Jun 2011, pada jam 9.00 malam, di Dewan Kayangan (DK2).

3.2 PENASIHAT DAN JEMPUTAN VIP

Bagi program ini, kami telah menjemput penasihat-penasihat Diploma in Banking Association (DIBA) seramai 3 orang ; Cik Tan Yan Ling, Cik Nor Azira Binti Ismail, Cik Norfariza Binti Mohd Ali dan Koordinator Program DIB; Puan Zailati binti Ahmad.

3.3 BILANGAN AHLI YANG HADIR

Program ini adalah diwajibkan bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus Diploma Pengurusan Bank dari semester 1- semester 6. Bilangan ahli yang hadir adalah seramai 310 orang.

4.0-ORGANISASI BARU


PRESIDEN

MUHD HAMKA B. ROSLIM

NAIB PRESIDEN

MUHAMMAD SYAFIQ B. MOHAMAD ALI

SETIAUSAHA 1

NURUL FATIN BT. AHMAD

SETIAUSAHA 2

SAMIRA BT. TUAN HASSAN

BENDAHARI

NURUL NAZIHA BT. MOHD SAID

EXCO PROTOKOL & PERHUBUNGAN

KHALIS BIN JOHAN

NABILA SHUHADA BT. BASHARI

EXCO SUKAN & REKREASI

AHMAD ASLAM B. ROSLAN

NURUL NADIA BT. AHMAD

EXCO INFORMASI & MULTIMEDIA

MUHAMMAD NAZMI B. ISHAK

NORLILA BT ABDUL JALLIL

EXCO DISIPLIN

MOHAMAD HAFIZ B. MAHADI

EXCO AKADEMIK

SITI NURAIN BT. MOHD

EXCO KEROHANIAN & KEBAJIKAN

MOHAMMAD IZZAT B. AZAHAR

NURUL SHAFIKAH BT. ABD. RAHMAN

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS

NURUL SHAFIKAH BT. ABD. RAHMAN

SEKETARIAT

ABDUL MALEK B. ADAM

MUHAMMAD QHAZIRIL B. RAHMAT

MOHD AFIQ HIZAMIE B. MOHD YUSOFF

FATIN NURSYAFIRA BT. QHAZALI

NURUL JANNAH BT. SERI


5.0-MINIT MESYUARAT


9.10 PM

Persembahan Multimedia Pengenalan Organisasi Baru

9.20 PM

Ucapan Presiden

- mengalu-alukan kedatangan VIP dan ahli DIBA

- berharap ahli-ahli baru mempunyai semangat yang kental dan dapat memberi komitmen kepada Persatuan ini.

-membentangkan laporan akademik DIBA untuk semester yang lalu

9.40 PM

Ucapan Koordinator Program

- mengalu-alukan kedatangan semua pelajar terutamanya kepada pelajar semester baru

- Diploma in Banking merupakan antara persatuan akademik yang terbaik dan tidak menimbulkan banyak masalah

- amat berharap Persatuan ini dapat mengekalkan reputasi tersebut dan menonjolkan diri

- memberi nasihat supaya sediakan diri secara fizikal dan mental dan keluarkan potensi yang ada dalam diri masing masing.

10.00 PM

Persembahan multimedia aktiviti DIBA yang telah dijalankan

10.15 PM

Sesi soal jawab

10.30 PM

Jamuan ringan

11.00 PM

Bersurai



6.0-KEMAJUAN/PERMASALAHAN

Antara masalah yang boleh dirungkai daripada pelaksaan aktiviti ini adalah:

6.1 Dewan yang terlalu sempit sehingga pelajar duduk ditangga dan ada yang berdiri

6.2 Persediaan peralatan yang tidak cukup seperti microfon

6.3 Terdapat beberapa orang ahli jawatankuasa tidak menepati masa dan kurang memberikan kerjasama.


7.0-PENUTUP

Kira- kira jam 11.30 malam majlis tamat. Sedikit taklimat dan sesi pendaftaran kepada ahli- ahli baru di lakukan selepas ahli VIP bersurai. Program ini berjalan dengan lancar dengan bantuan ahli- ahli jawatankuasa yang terlibat dalam projek ini dan juga kehadiran ahli- ahli amat menggalakkan. Program tamat pada pukul 11.30 malam, 14 Jun 2010.