Sunday 31 July 2011

Laporan Persidangan Perbankan (AGM DIBA)

Tarikh dan lokasi : 14 June 2011 (DK2)

Nama Penganjur : Diploma in Banking Association


1.0 PENGENALAN

Program Persidangan Perbankan (AGM DIBA) yang diadakan pada 14 JuN 2011 bertempat di DK2 adalah merupakan program wajib bagi setiap semester yang dianjurkan oleh Diploma in Banking Association (DIBA). Program ini merupakan program yang memperkenalkan Persatuan Diploma in Banking kepada ahli- ahli baru. Ianya merupakan perjumpaan pertama ahli lama dengan ahli yang baru. Program ini dikendalikan oleh ahli- ahli jawatankuasa tertinggi bagi membantu mencapai objektif yang disasarkan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Perjumpaan bersama ahli-ahli lama dan baru.

2.2 Mengalu-alukan kedatangan ahli baru.

2.3 Menunjukkan prestasi akademik semester lepas.

2.4 Memberi maklumat berkenaan dengan aktiviti semester ini.


3.0-HURAIAN PENILAIAN


3.1 TARIKH DAN TEMPAT

Program ini diadakan pada 14 Jun 2011, pada jam 9.00 malam, di Dewan Kayangan (DK2).

3.2 PENASIHAT DAN JEMPUTAN VIP

Bagi program ini, kami telah menjemput penasihat-penasihat Diploma in Banking Association (DIBA) seramai 3 orang ; Cik Tan Yan Ling, Cik Nor Azira Binti Ismail, Cik Norfariza Binti Mohd Ali dan Koordinator Program DIB; Puan Zailati binti Ahmad.

3.3 BILANGAN AHLI YANG HADIR

Program ini adalah diwajibkan bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus Diploma Pengurusan Bank dari semester 1- semester 6. Bilangan ahli yang hadir adalah seramai 310 orang.

4.0-ORGANISASI BARU


PRESIDEN

MUHD HAMKA B. ROSLIM

NAIB PRESIDEN

MUHAMMAD SYAFIQ B. MOHAMAD ALI

SETIAUSAHA 1

NURUL FATIN BT. AHMAD

SETIAUSAHA 2

SAMIRA BT. TUAN HASSAN

BENDAHARI

NURUL NAZIHA BT. MOHD SAID

EXCO PROTOKOL & PERHUBUNGAN

KHALIS BIN JOHAN

NABILA SHUHADA BT. BASHARI

EXCO SUKAN & REKREASI

AHMAD ASLAM B. ROSLAN

NURUL NADIA BT. AHMAD

EXCO INFORMASI & MULTIMEDIA

MUHAMMAD NAZMI B. ISHAK

NORLILA BT ABDUL JALLIL

EXCO DISIPLIN

MOHAMAD HAFIZ B. MAHADI

EXCO AKADEMIK

SITI NURAIN BT. MOHD

EXCO KEROHANIAN & KEBAJIKAN

MOHAMMAD IZZAT B. AZAHAR

NURUL SHAFIKAH BT. ABD. RAHMAN

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS

NURUL SHAFIKAH BT. ABD. RAHMAN

SEKETARIAT

ABDUL MALEK B. ADAM

MUHAMMAD QHAZIRIL B. RAHMAT

MOHD AFIQ HIZAMIE B. MOHD YUSOFF

FATIN NURSYAFIRA BT. QHAZALI

NURUL JANNAH BT. SERI


5.0-MINIT MESYUARAT


9.10 PM

Persembahan Multimedia Pengenalan Organisasi Baru

9.20 PM

Ucapan Presiden

- mengalu-alukan kedatangan VIP dan ahli DIBA

- berharap ahli-ahli baru mempunyai semangat yang kental dan dapat memberi komitmen kepada Persatuan ini.

-membentangkan laporan akademik DIBA untuk semester yang lalu

9.40 PM

Ucapan Koordinator Program

- mengalu-alukan kedatangan semua pelajar terutamanya kepada pelajar semester baru

- Diploma in Banking merupakan antara persatuan akademik yang terbaik dan tidak menimbulkan banyak masalah

- amat berharap Persatuan ini dapat mengekalkan reputasi tersebut dan menonjolkan diri

- memberi nasihat supaya sediakan diri secara fizikal dan mental dan keluarkan potensi yang ada dalam diri masing masing.

10.00 PM

Persembahan multimedia aktiviti DIBA yang telah dijalankan

10.15 PM

Sesi soal jawab

10.30 PM

Jamuan ringan

11.00 PM

Bersurai



6.0-KEMAJUAN/PERMASALAHAN

Antara masalah yang boleh dirungkai daripada pelaksaan aktiviti ini adalah:

6.1 Dewan yang terlalu sempit sehingga pelajar duduk ditangga dan ada yang berdiri

6.2 Persediaan peralatan yang tidak cukup seperti microfon

6.3 Terdapat beberapa orang ahli jawatankuasa tidak menepati masa dan kurang memberikan kerjasama.


7.0-PENUTUP

Kira- kira jam 11.30 malam majlis tamat. Sedikit taklimat dan sesi pendaftaran kepada ahli- ahli baru di lakukan selepas ahli VIP bersurai. Program ini berjalan dengan lancar dengan bantuan ahli- ahli jawatankuasa yang terlibat dalam projek ini dan juga kehadiran ahli- ahli amat menggalakkan. Program tamat pada pukul 11.30 malam, 14 Jun 2010.

No comments:

Post a Comment