Wednesday 14 July 2010

LAPORAN PROGRAM ECO-HUNT

Tarikh dan lokasi : 3 April 2010 (Kompleks Sukan UiTM Segamat)

Nama Penganjur : Diploma in Banking Association

Tarikh laporan disediakan : 7 Mei 2010

1.0 PENGENALAN

Eco-hunt anjuran Diploma in Banking Association atau lebih dikenali dengan DIBA ini merupakan satu program berasaskan akademik berkonsepkan teori dan praktikal yang melibatkan penyertaan dari kalangan pelajar DIBA sendiri. Program ini juga merupakan antara slot program dalam minggu DIBA. Program ini adalah antara program tahunan yang dianjurkan oleh DIBA. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memupuk minat para pelajar dalam mempelajari subjek ekonomi serta memberi peluang kepada para pelajar untuk bersaing secara sihat dari segi akademik.

Penyertaan dibuka kepada pelajar siswa dan siswi DIBA, UiTM Johor yang pernah dan telah mengambil subjek mikroekonomi, makroekonomi dan ekonomi Malaysia. Hadiah yang ditawarkan berupa hamper dan sijil penyertaan diberikan kepada setiap peserta. Dengan penganjuran program ini, diharapkan dapat menjadi medan terbaik untuk para pelajar mempraktikkan apa yang telah dipelajari semasa mengambil subjek ekonomi serta menambahkan pengetahuan mengenai perkembangan ekonomi semasa di Malaysia.


2.0 LATAR BELAKANG


Tarikh : 3 April 2010

Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Kompleks Sukan UiTM Johor

Bilangan Peserta : 120 orang pelajar


3.0 OBJEKTIF PROGRAM


Antara objektif bagi program Eco-hunt anjuran DIBA ini adalah:


3.1 Memupuk minat para pelajar untuk mempelajari serta menambah pengetahuan mengenai ekonomi

3.2 Menggalakkan persaingan secara sihat antara pelajar-pelajar

3.3 Sebagai perangsang bagi pelajar yang menyertai program ini sebagai medium untuk mereka terus berusaha secara gigih

3.4 Merapatkan silaturrahim antara peserta dan penganjur

3.5 Sebagai salah satu aktiviti pembelajaran secara tidak langsung menerusi konsep riadah

3.6 Memupuk semangat kerjasama antara para peserta

3.7 Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini adalah berkonsepkan riadah sambil menambah ilmu pengetahuan. Setiap kumpulan akan diarahkan untuk pergi ke check point dan menjawab soalan berkaitan ekonomi untuk ke check point seterusnya. Di setiap check point, soalan yang disediakan adalah berbentuk teori dan praktikal untuk menarik minat para pelajar mendalami ekonomi. Masa diberikan bagi setiap soalan di setiap check point. Pengiraan markah dikira berdasarkan kepantasan dan ketepatan peserta menjawab soalan yang diberikan.

5.0 HURAIAN PENILAIAN

5.1 Maklumbalas peserta

Antara maklumbalas dari peserta adalah :

1) Soalan yang disediakan agak mudah dan senang
2) Makanan yang disediakan mencukupi dan mereka berpuas hati

6.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Dengan pelaksanaan program ini, kami dapati ia berjalan mengikut objektif yang telah kami tetapkan. Di akhir program kami dapati ukhuwah diantara peserta dan penganjur dapat dieratkan lagi. Selain itu, dengan soalan yang diberi juga peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Daripada penyertaan yang diterima, ia membuktikan peserta mempunyai minat untuk mendalami ilmu ekonomi secara pembelajaran konsep riadah yang julung-julung kali dianjurkan oleh DIBA untuk pelajar yang bernaung di bawah persatuan ini.

7.0 MASALAH

Pihak kami mendapati terdapat sedikit permasalahan yang timbul. Memandangkan soalan yang disediakan agak mudah dan ringkas, peserta hanya mengambil masa kurang dari 2 jam untuk menyelesaikan setiap laluan check point yang telah ditetapkan. Selain itu, adhoc yang dilantik juga kurang cekap dalam menjalankan tugas walaupun taklimat telah diberikan sehari sebelum program berlangsung.

8.0 CADANGAN

8.1 Menyediakan soalan yang lebih mencabar
8.2 Memanjangkan tempoh waktu bagi setiap check point supaya aktiviti selain menjawab soalan ekonomi dapat dijalankan
8.3 Membuka penyertaan kepada pelajar kursus lain untuk menyertai program

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan mendapat maklumbalas yang memuaskan. Walaupun terdapat sedikit permasalahan yang timbul, ia masih dapat diatasi. Terima kasih juga diucapkan kepada penasihat-penasihat DIBA, exco-exco DIBA, adhoc-adhoc yang banyak membantu kelancaran program, peserta-peserta yang menyokong program ini serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan kerjasama bagi kelancaran program ini. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Nur Syafawati bt. A.Rahman
Ketua Projek Eco-Hunt DIBA



No comments:

Post a Comment