Saturday 10 July 2010

LAPORAN PROGRAM UKHWATUL REHLAH

Tarikh program dan lokasi : 31 Mac – 4 April 2010 (Kompleks Sukan UiTM Segamat)

Nama penganjur : Diploma In Banking Association (DIBA)

Tarikh laporan disediakan : 10 April 2010


1.0 PENGENALAN

Program Ukhuwatul Rehlah DIBA ingin dianjurkan oleh Diploma in Banking Association (DIBA) sejajar dengan misi DIBA UiTM Johor ingin memupuk semangat satu keluarga (1DIBA) yang saling mengenali, mesra, bekerjasama dan maju ke hadapan bersama – sama. Oleh itu, penganjuran "family day" ini amat bertepatan dengan misi UiTM yang ingin melahirkan pelajar yang saling bekerjasama dalam mencapai kemajuan.


2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Objektif program

  1. Memupuk semangat kekeluargaan pada setiap diri pelajar DIB UiTM Johor.
  2. Memupuk semangat kerjasama dan saling mengenali.
  3. Mengisi masa lapang dengan aktiviti – aktiviti yang berfaedah.
  4. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan mahasisiwa.
  5. Mengeratkan hubungan antara mahasisiwa, penasihat akademik dan koordinator program.

6. Melahirkan warga UiTM yang aktif dan cergas

2.2 Program ini dirancang diadakan pada :-

Tarikh : 31 Mac 2010 (rabu) – ladies night

Masa : 8.45 malam

Tempat : Kompleks sukan UiTM Johor

Perkara : Acara bola jaring dan bola tampar wanita (pusingan awal)

Tarikh : 3 April 2010 (sabtu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Kompleks sukan UiTM Johor

Perkara : Acara futsal, dan bola tampar lelaki (pusingan awal)

Tarikh : 4 April 2010 (ahad)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Kompleks sukan UiTM Johor

Perkara : Acara sukan(pusingan akhir), sukaneka dan Eco hunt

2.3 Program ini melibatkan :-

  1. Semua pelajar semester 1 hingga semester 6 Diploma in Banking (DIB)
  2. Penasihat akademik DIB
  3. Koordinator program DIB
  4. Pensyarah ekonomi dan pensyarah jemputan

2.4 Tentatif program (perancangan sebelum)

RABU (31 MAC 2010)

8.45 malam : Acara bola jaring dan bola tampar wanita (pusingan awal)

SABTU (3 APRIL 2010)

8.30 pagi : Aerobik

9.00 pagi : Acara futsal dan bola tampar lelaki

12.00 tengahari : Rehat

2.00 petang : Program bersambung

AHAD (4 APRIL 2010)

8.30 pagi : Aerobik

9.00 pagi : Acara sukan (pusingan akhir), Eco hunt dan sukaneka

12.00 tengahari : Penyampaian hadiah dan penutup

2.00 petang : Program tamat

2.5 Tentatif program (perjalanan sebenar program)

SABTU (3 APRIL 2010)

8.30 pagi : Aerobik

9.00 pagi : Acara futsal, bola jaring dan bola tampar lelaki & perempuan

12.00 tengahari : Rehat

2.00 petang : Program bersambung

AHAD (4 APRIL 2010)

8.30 pagi : Aerobik

9.00 pagi : Acara sukan (pusingan akhir), Eco hunt dan sukaneka

12.00 tengahari : Penyampaian hadiah dan penutup

2.00 petang : Program tamat

3.0 HURAIAN PENILAIAN

3.1 Maklumbalas peserta :-

  • Perjalanan aktiviti program yang memuaskan
  • Hadiah yang berbaloi
  • Tempat program yang bersesuaian
  • Makanan yang disediakan tidak mencukupi

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Pencapaian program ini menepati objektif program yang telah dirancang iaitu dapat memupuk semangat kekeluargaan pada setiap diri pelajar DIB UiTM Johor. Memupuk semangat kerjasama dan saling mengenali. Mengisi masa lapang dengan aktiviti – aktiviti yang berfaedah.Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan mahasisiwa. Mengeratkan hubungan antara mahasisiwa, penasihat akademik dan koordinator program serta dapat melahirkan warga UiTM yang aktif dan cergas

5.0 MASALAH PROGRAM

  • Tarikh dan masa

    Masalah utama program ini adalah berkaitan dengan tarikh dan hari program diadakan. Jadual program pada hari rabu (31 Mac 2010) terpaksa dibatalkan kerana pelajar DIB semester 2 dan semester 6 menghadiri kelas dan ujian.

  • Makanan tidak mencukupi

    Masalah makanan yang disediakan tidak mencukupi kerana jawatankuasa biro program hanya menyediakan roti bagi peserta program. Ia kerana makanan peserta yang disertakan dalam kertas kerja hanya roti sahaja dan tidak menyenaraikan makanan tengahari (nasi campur). Selain itu, pembahagian roti kepada peserta juga tidak mencukupi.

  • Urusetia tidak mencukupi

    Masalah urusetia tidak mencukupi kerana aktiviti program yang berjalan serentak untuk semua acara dan jumlah urusetia yang tidak mencukupi.

6.0 CADANGAN

Cadangan untuk meningkatkan kelancaran program :-

  • Memastikan tarikh dan hari untuk mengadakan program tidak menganggu program akademik pelajar.
  • Memastikan penyediaan makanan yang mencukupi dan pembahagian makanan yang teratur.
  • Menambah jumlah urusetia dengan mencukupi dan bersesuaian dengan aktiviti program dan bilangan peserta.

7.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan mendapat maklumbalas yang memuaskan. Walaupun terdapat sedikit permasalahan yang timbul, ia masih dapat diatasi. Terima kasih juga diucapkan kepada penasihat-penasihat DIBA, exco-exco DIBA, adhoc-adhoc yang banyak membantu kelancaran program, peserta-peserta yang menyokong program ini serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan kerjasama bagi kelancaran program ini. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

S Mohamad Hariz Bin S Abd Rahim

Ketua Projek Program Ukhuwatuk Rehlah DIBA

LAMPIRAN

Pemenang futsal tempat pertama dan kedua.



Acara memanaskan badan sebelum aktiviti dijalankan.



Pusingan akhir acara bola jaring

No comments:

Post a Comment